Membangun Betong Penuh Dengan Cabaran - Jabu

BETONG: Perjuangan politik diteruskan sejak memenangi Pilihan Raya Negeri dan menewaskan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan dianggap satu cabaran bagi Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Malah, masih terngiangngiang kata-kata beliau sejurus ditewaskan dan menganggapnya sebagai satu cabaran untuk terus membangunkan Betong menjadi sebuah bahagian yang pesat membangun.

“Masih teringat kata-kata Mendiang Stephen (Kalong Ningkan) memberi ungkapan semangat supaya saya memajukan Betong dan jangan biarkan masyarakat ketinggalan jauh daripada arus pembangunan,” katanya pada Majlis Makan Malam Pra- Gawai 2014 di Dewan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong di sini malam kelmarin.

“Terima kasih atas sokongan rakyat hingga kita mencapai apa yang diimpikan selama ini untuk melihat Betong membangun seiring dengan tempat yang lebih dahulu maju.

“Kemajuan pendidikan dipelopori sejak dahulu berjaya membawa Betong menjadi hab pendidikan dan berjaya membuka pelbagai pusat pendidikan dan kemahiran untuk keperluan anak-anak kita.

“Kejayaan ini juga atas sokongan kerajaan yang berterusan membangunkan Betong dari segi infrastruktur asas yang lengkap dan membuka peluang pekerjaan penduduknya,” kata Jabu.

Katanya semangat perpaduan yang diamalkan masyarakat berbilang kaum membantu beliau lebih fokus memberi yang terbaik untuk rakyat.

“Amalan kita pada setiap perayaan dengan saling kunjung- mengunjung antara kaum dan menghormati antara satu sama lain membolehkan semangat setia kawan berterusan,” ujarnya.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan insentif kecemerlangan pelajar kepada 71 pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM pada tahun lalu.

Acara lain diadakan pada malam itu ialah pertandingan Kumang Gawai 2014.

Hadir sama Mentari Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan isteri, Menteri Muda Kebajikan Robert Lawson Chuat dan isteri, ADUN Saribas Mohamad Razi Sitam, ADUN Beting Maro Razaili Gapor, ADUN Engkilili Dr Johnnycal Rayong Ngipa, Residen Bahagian Betong Datu Romie Sigan Daniel serta isteri dan ketua-ketua jabatan dan masyarakat. - utusan borneo

Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget