Pesta Orang Kita : Muka' Bidai Festival 2014

MUKA' Bidai BORNEO FESTIVAL 2014" adalah program selama dua hari yang dianjurkan oleh sekumpulan belia dan orang dewasa, bukan untuk menguntungkan organisasi yang bersifat politik dengan semangat kecemerlangan.

Tetapi, ia menggalakkan kreativiti , inovasi, keamanan, keharmonian dan pembangunan inklusif. Program ini fokus kepada penyediaan platform untuk pembangunan kepimpinan belia.

Kami menawarkan anak-anak muda berpeluang untuk menjadi warga global, mengubah dunia, mendapatkan pengalaman dan kemahiran yang penting masa kini.

Program ini melibatkan anak-anak muda melalui aktiviti-aktiviti yang menarik seperti Pameran Pakaian , Pameran Tatu , Permainan Extreme seperti Paintball, Skimboarding , Skateboarding, In-line, Konvoi Amal Big Bikers, Larian Amal, Zumba, Body jam Lessmills, Persembahan Band dan DJ.

Persembahan yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Mei 2014 itu bercadang untuk membawa semua belia dan masyarakat dewasa bekerjasama dan berkongsi idea dalam menganjurkan acara-acara untuk mempromosikan bakat-bakat tempatan kita dan mengembangkan kerjaya belia kita.

Tujuan mereka untuk menyediakan platform bagi generasi belia adalah untuk menyertai, mendapatkan peluang untuk belajar daripada bengkel pendidikan percuma,, menunjukkan bakat sendiri dan perpaduan sekaligus merapatkan silaturahim antara kumpulan pelajar, NGO, Organisasi Sosial dan Komuniti Belia bagi bekerjasama untuk merancang masa depan yang lebih baik.

Berpegang kepada slogan, ”Expanding Your Network.. Through Arts, Sports and Music” program ini bertujuan untuk memberi lebih sokongan moral dan motivasi kepada belia kita yang berbakat dalam menghasilkan jenama tempatan, seni, sukan dan muzik.

Tarikh    : 24 - 25 Mei 2014
Tempat  : Damai Central, Pantai Damai Santubong, 93050 Kuching, Sarawak (free entrance)

Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget