Senator Sim Ikrar Berkhidmat Dengan Sepenuh Kekuatan, Semangat

KUCHING, 26 Mei (Bernama) -- Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Prof Dr Sim Kui Hian, yang mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara hari ini, berikrar untuk berkhidmat dengan sepenuh kekuatan dan semangat.

Sim berkata beliau akan komited dalam mewujudkan negara yang lebih baik bagi semua rakyat tanpa mengira bangsa atau agama.

"Pelantikan saya dibuat pada masa yang kritikal... pada masa kita melihat lampu hijau daripada Pendaftar Pertubuhan berhubung kesahan SUPP, dan ketika kita melihat cahaya perdamaian dan laluan ke arah penyuburan semula dalam SUPP.

"Sudah tentulah, masih banyak cabaran yang mendatang, tetapi berkat sokongan daripada anggota parti, Barisan Nasional dan rakyat, saya percaya SUPP akan terus mara ke arah mencapai tahap tertinggi dalam masa yang singkat.

"Ayuh kita lakukan bersama-sama. Perpaduan ke arah masa depan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sim turut menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kerana memperkenankan pelantikan beliau sebagai Senator, selain turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem. -Bernama
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget