RATU skuasy negara Datuk Nicol David merangkul gelaran Terbuka Britain untuk kali kelima selepas membalas dendam terhadap juara bertahan Laura Massaro pada final hari ini.
Pada pertarungan di Sports Arena, Universiti Hull, England, Nicol, selaku pilihan utama, bagaimanapun kalah set pembukaan sebelum bangkit untuk menewaskan pemain England itu dengan keputusan 8-11, 11-5, 11-7 dan 11-8.
Nicol, pemain nombor satu dunia, memenangi gelaran itu pada tahun 2005, 2006, 2008 dan 2012.
Kejayaan tersebut merupakan gelaran kedua tahun ini buat pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 30 tahun itu selepas Cleveland Classic di Ohio, Amerika Syarikat, Februari lepas. - Bernama
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.