BINTULU: Empat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (AMKT) Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) meluahkan perasaan tidak puas hati mereka berikutan tidak dibenarkan menyertai mesyuarat AMKT itu di Pusat Perkhidmatan Penduduk Ahli Parlimen Bintulu di sini semalam.
Jurucakap AMKT itu, Gines Ruwia yang mewakili tiga rakannya yang lain terdiri Maslinda Hamidon, Ambrose Jarat dan Josephine Tuah Duyuk berkata, mereka dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi SPDP itu melalui notis sistem pesanan ringkas (SMS) daripada Setiausaha Agungnya, Datuk Nelson Balang Rining.
“Kami sudah berada dalam mesyuarat hari ini (semalam) dari jam 10 hingga 11 pagi. Mesyuarat itu dijadualkan bermula jam 10 pagi namun ditangguhkan sehingga jam 11 pagi,” katanya dalam kenyataan media di sini semalam.
Beliau berkata, kelewatan mungkin disebabkan perbincangan mereka bagaimana untuk berurusan dengan kehadiran mereka.
“Sebaik Nelson dan Paul Igai datang selepas pemberita mengambil gambar dan pengiraan ahli majlis yang hadir, Nelson mengarahkan empat daripada kami iaitu saya, Ambrose, Maslinda dan Josephine (semua ahli majlis tertinggi) meninggalkan bilik mesyuarat kerana apa yang mereka bincangkan dalam mesyuarat itu akan berkonflik dengan kepentingan bahawa kami tidak perlu berada dalam mesyuarat itu,” jelasnya.
Katanya, apa yang dimaksudkan itu mereka tidak tahu mungkin mereka mempunyai agenda lebih besar atau agenda Sarawak atau agenda yang hanya mereka mengetahuinya.
Justeru, mereka diminta meninggalkan mesyuarat itu adalah tidak wajar, pertamanya ia tidak ada dalam agenda.
“Kedua, ia tidak mengikut perlembagaan untuk tidak mengambil bahagian dalam mesyuarat itu tanpa sebab.
“Malah sebelum mesyuarat berlangsung, ketua penerangan, Jacky Chan memberitahu kami bahawa kami tidak hadir dalam beberapa mesyuarat yang mereka adakan sebelum ini sekali gus dilihat seperti cubaan menafikan kelayakan kami.
“Situasi itu juga memperlihat bahawa kehadiran kami tidak dialu-alukan. Ini mencerminkan politik ‘konfrontasi’ bahawa mereka baik semuanya selama ini,” katanya. -utusan borneo
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.