ADUN Dan Anggota Parlimen Sarawak Rancang Majlis Khas Kenang Jasa Mantan KM

KUCHING, 19 Mei (Bernama) -- Semua anggota Parlimen Sarawak dan ADUN Sarawak dari Barisan Nasional (BN) akan menganjurkan majlis makan malam khas untuk mantan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, di Hotel Riverside Majestic pada 30 Mei ini.

Majlis itu sebagai menyanjungi dan mengenang jasa Abdul Taib, yang kini merupakan Yang Dipertua Negeri.

Pengerusi jawatankuasa penganjur majlis itu Datuk Wahab Dolah berkata sesungguhnya amat sukar sekali untuk menggambarkan jasa bakti yang dicurahkan oleh pemimpin Sarawak selama 33 tahun itu dalam mencorakkan kegemilangan negeri.

Katanya seluruh penduduk Sarawak, termasuk ramai kalangan pemimpin-pemimpin politik negeri terhutang budi dengan tunjuk ajar Abdul Taib.

Semua bekas ADUN, Anggota Parlimen, Senator, pemimpin-pemimpin politik dari Sarawak yang pernah berkhidmat sepanjang pentadbiran Abdul Taib dijangka menghadiri malam penuh gemilang itu.

Bercakap pada persidangan media di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini, beliau yang juga Anggota Parlimen Igan berkata pelbagai acara khas diatur untuk memeriahkan majlis penuh bermakna itu.

Majlis akan diserikan dengan persembahan Orkestra RTM.
- BERNAMA

Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget