Gua Niah, Kuda Laut Dan Pahlawan Iban Sambut Pelancong Ke Bandar Raya Miri

MIRI, 20 Mei (Bernama) -- Pelancong kini boleh bergambar selfie di depan Gua Niah atau menari dengan pahlawan hebat Iban malah bersuka ria dengan kuda laut yang merupakan simbol bandar raya Miri.

Mereka kini tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan gambar sedemikian memandangkan bandar raya Miri telah menyertai bandar raya Pulau Pinang, Melaka dan Kuching yang mempunyai mural jalanannya sendiri, terima kasih kepada Public Art Movement hasil inisiatif 1Malaysia For Youth (iM4U).

Mural jalanan itu dilukis di bangunan Pusat Kraftangan Miri terletak di tengah-tengah bandar raya ini yang menggambarkan motif tempatan dan dilancarkan untuk tontonan umum oleh Datuk Bandar Bandar Raya Miri Lawrence Lai yang bertepatan dengan ulang tahun kesembilan bandar raya Miri.
simbol bandar raya Miri
Penolong Pengurus iM4U (Kandungan Penciptaan dan Integrasi) Nurul Ashikin Abdul Aziz berkata bandar raya Miri dipilih kerana ia merupakan bandar raya kedua terbesar di Sarawak dan tiada mural jalanan di sini.

"Mural ini direka bentuk dan dilukis artis-artis tempatan dan projek pertama seumpamanya di negara ini di bawah Public Art Movement," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Bagi projek yang akan datang, mereka merancang untuk melaksanakan inisiatif yang sama di Sabah jika kami mendapat penaja mencukupi, kata Nurul Ashikin.

Untuk bandar raya Miri, iM4U memilih dua kawasan - Taman Bulatan Miri dan Pusat Kraftangan Miri di bawah Public Art Movement.

Artis jalanan berbakat Mohd Nasrim, Faiz Yunus dan ahli-ahli Seni Misfits yang terdiri daripada Angel Ng, The Sliz dan Chekri, sukarelawan belia dari Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Miri (Seksyen Belia) dan pelajar sukarelawan dari kampus Curtin University Sarawak telah menyertai usaha pengindahan untuk menyelesaikannya dalam masa dua minggu.

Terdahulu ketika melancarkan mural itu, Lai mengucapkan tahniah atas usaha pemuda terbabit yang akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk mengindahkan bandar.

"Sila datang lagi, kami mengalu-alukan anda iM4U, sila buat lebih banyak (mural)," katanya.     - BERNAMA
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget