Pengundian Awal PRK Bukit Gelugor Hari Ini

GEORGE TOWN, 21 Mei (Bernama) -- Pengundian awal bagi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gelugor, melibatkan 148 pengundi berdaftar, berlangsung mulai pukul 8 pagi Rabu.

Empat saluran pusat mengundi dibuka untuk proses ini hingga pukul 2 petang.

Empat pusat pengundian awal itu ialah di Tabika Kemas Markas Gerakan Marin Wilayah Satu di Batu Uban, Bilik Maklumat Balai Polis Air Itam, Bilik Maklumat Balai Polis Bandar Baharu dan Markas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Sri Pinang di Gelugor.

Kawasan Parlimen Bukit Gelugor mempunyai 82,431 pengundi berdaftar dan sebanyak 17 pusat daerah mengundi akan dibuka pada pilihan raya kecil itu - 139 saluran untuk undi biasa dan empat saluran untuk undi awal.

Pengundian biasa akan diadakan Ahad ini.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon DAP Ramkarpal Singh Deo, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon Bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar serta Abu Backer Sidek Mohamad Zan.

Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP, akibat nahas jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak 17 April lepas.

Pengerusi DAP itu memenangi kerusi berkenaan pada pilihan raya umum ke-13 dengan majoriti 42,706 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Teh Beng Yeam yang memperoleh 13,597 undi.- BERNAMA
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget