Program 'Kamek Berselawat' Dapat Sambutan di Kuching

Petrajaya - Sekitar 7000 ribu orang telah menghadiri program Kamek Berselawat bersempena Malam Cinta Allah & Rasul yang berlansung di Stadium Perpaduan Kuching, Petrajaya disini malam tadi.

Alunan qasidah dan selawat yang memuji Rasulullah SAW itu dipimpin tokoh agama terkenal Nusantara, ulama berketurunan Rasulullah saw iaitu Al Habib Najmuddin bin Othman Al Khered.

Antara pengisian program Malam Cinta Allah dan Rasul ialah Bacaan Ratib Al-Attas dipimpin oleh Al-Habib Mohamad Bin Alwi Al-Attas, Tausiyah disampaikan oleh Al-Habib Najmuddin Bin Othman Al-Khered, 
 
Bacaan Maulid Ad-Daiba’i dipimpin oleh Al-Habib Mohamad Bin Alwi Al-Attas beserta selingan Qasidah yang dilantun oleh Kumpulan Qasidah Madrasah
Al-Khairat & Ahbab Al-Mawlid serta Tausiyah disampaikan oleh Al-Habib Jindan Bin Novel Salim Jindan.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget