Sarawak Akan Kaji Model Perumahan Singapura - Abang Johari

KUCHING, 23 Mei - Kementerian Perumahan Sarawak akan membuat kajian tentang kelebihan skim penempatan semula yang dilaksanakan di Singapura hingga meletakkan republik itu sebagai model global bagi pembangunan perumahan awam.

Menteri berkenaan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata model skim perumahan awam Singapura diiktiraf sebagai suatu kejayaan dan sering dijadikan rujukan oleh negara lain untuk menyelesaikan masalah perumahan untuk masyarakat bandar masing-masing.

"Ia (skim penempatan semula) juga sejajar dengan dasar memberi kemudahan dan kehidupan yang lebih baik kepada penduduk setinggan dan petempatan tidak tersusun. Dasar penempatan semula yang dilaksanakan kerajaan Singapura berjaya meningkatkan taraf kehidupan," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Abang Johari kini mengetuai delegasi 50 anggota dari Sarawak melakukan lawatan kerja ke Singapura untuk mencari idea baharu dan amalan terbaik yang boleh disesuaikan dan diguna pakai dalam senario perumahan awam Sarawak.

Beliau berkata Sarawak memerlukan dasar penempatan semula yang baik memandangkan sesetengah tanah yang diperoleh untuk melaksanakan projek perumahan awam didiami setinggan dan penduduk kampung yang perlu ditempatkan semula. -Bernama
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget