BANGKOK - Tentera Thailand semalam memberi amaran kepada komuniti atas talian (online) supaya berhati-hati dengan mesej yang disampaikan dalam laman web sosial sekiranya tidak mahu laman web berkenaan ditutup, tidak lama selepas undang-undang tentera berkuatkuasa di negara ini.
Laman web bangkokpost.com melaporkan, ketua tentera, Jeneral Prayuth Chan-ocha meminta pengendali dan pengguna laman web sosial untuk berwaspada terhadap maklumat yang boleh menyebabkan salah faham serta konflik.
Pengumuman itu dikeluarkan ekoran bimbang terhadap penyebaran maklumat yang menghasut dan boleh menyebabkan keganasan berlaku. - AGENSI
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.