Ikhwanul Boikot Pilihan Raya

KAHERAH - MESIR. Gerakan Ikhwanul Muslimin nekad memboikot Pilihan Raya Presiden Mesir yang diadakan selama dua hari bermula semalam.

Kelmarin, jurucakap Ikhwanul menyatakan pilihan raya tersebut tidak akan memberi memberi kuasa sah kepada 'penjenayah' iaitu dalang rampasan kuasa, bekas ketua tentera, Abdel Fattah al-Sisi.

Selain itu, gerakan terbabit turut mengkritik pasukan keselamatan kerana menggunakan tindakan kekerasan ke atas penyokong mereka sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan, hampir 54 juta penduduk Mesir layak mengundi pada pilihan raya kali ini yang menyaksikan pertembungan dua penjuru antara al-Sisi dan ahli politik berhaluan kiri, Hamdeen Sabahi.

Media tempatan melaporkan Al-Sisi dikerumuni penyokongnya sejurus beliau tiba di pusat pengundian di ibu negara.

"Seluruh dunia sedang memerhatikan bagaimana kita mencatat sejarah untuk masa depan Mesir," katanya.  

Kemenangan al-Sisi dilihat bakal meletakkan semula Mesir ke tangan orang kuat tentera dalam tempoh tiga tahun selepas bekas Presiden Hosni Mubarak yang memerintah negara itu selama hampir tiga dekad digulingkan pada 2011, laporan dipetik dari Press TV. -sinar harian
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget