gambar dari RTM |
"Kira-kira sepertiga penduduk mengalami obesiti yang membawa kepada komplikasi kesihatan yang lain seperti diabetes," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Pertubuhan Doktor Keluarga Sedunia (WONCA) rantau Asia Pasifik di sini Khamis.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr Hilmi berkata kementeriannya sedang menghidupkan semula konsep doktor keluarga bagi penyampaian perkhidmatan penjagaan primer di negara ini.
"Konsep penjagaan secara peribadi dalam menyampaikan dengan jayanya perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak digunakan dalam penyampaian perkhidmatan penjagaan perubatan primer di klinik-klinik kesihatan," katanya.
Dr Hilmi berkata usaha menghidupkan semula konsep itu timbul kerana kementerian menyedari adalah penting supaya sistem penyampaian penjagaan kesihatan memberi tumpuan kepada perkhidmatan pencegahan.
Katanya usaha memperkukuhkan penjagaan kesihatan primer dipilih sebagai keutamaan tertinggi yang ditetapkan kementerian apabila menggariskan empat inisiatif utama bagi memperkukuhkan sistem penyampaian kesihatan Malaysia untuk tempoh antara 2014 dan 2017.
"Tiga lagi bidang tumpuan adalah integrasi awam-swasta, penjagaan dan memperkasa komuniti dekat dengan kediaman," katanya.
Beliau berkata dalam kes Sarawak, kekuatan penyertaan masyarakat dalam sistem penyampaian penjagaan kesihatan luar bandarnya mendapat pengiktirafan antarabangsa.
"Ia kekal relevan malah sehingga hari ini apabila masyarakat global membahaskan tentang penjagaan kesihatan primer yang berorientasikan perlindungan kesihatan sejagat sebagai matlamat pembangunan sosial dalam era pasca 2015," katanya. - Bernama
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.