BANGI, 28 Mei (Bernama) -- Semua kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, Perak, ditangguhkan serta-merta, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata kempen pilihan raya kecil itu ditangguhkan sehingga selesai istiadat pemakaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
"Semua majlis yang bakal kita adakan akan ditukar kepada majlis bacaan tahlil dan Yasin. Bagi pimpinan BN bukan Islam kita serah kepada mereka untuk mengikut cara agama masing-masing," katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Sultan Azlan Shah mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini dan akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.
Jenazah Sultan Azlan Shah, yang memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir. -Bernama
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.