SPDP Tolak Permohohan Teras Sertai BN

KUCHING, 20 Mei (Bernama) -- Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) akan menentang kemasukan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) dalam Barisan Nasional (BN), kata pemangku presiden SPDP Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau berkata tidak berlaku krisis kepimpinan dalam SPDP tetapi semata-mata berpunca dari pelanggaran perlembagaan parti apabila bekas presiden Tan Sri William Mawan Ikom mengekalkan empat bekas pemimpin yang disingkir dari parti.

Mereka ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Tasik Biru, Datuk Peter Nansian, Datuk Sylvester Entrie Muran (Marudi), Rosey Yunus (Bekenu) dan Paulus Palu Gumbang (Batu Danau).

"Majlis Tertinggi parti tidak pernah meluluskan dan sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan kemasukan semula keempat-empat mereka kerana mesyuarat agung tiga tahun sekali (TGM) telah membuat resolusi bahawa Majlis Tertinggi tidak boleh memberi kelulusan.

"Jadi, sekiranya kita mahu mendapatkan semula mereka, kita perlu kembali kepada TGM untuk kelulusan dan itu tidak dilakukan," katanya di ibu pejabat parti di sini Selasa.

Tiong berkata beliau telah memberitahu Mawan bahawa beliau perlu merujuk kepada TGM dan menambah Mawan bersetuju kerana bimbang anggota parti membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), maka parti akan dibatalkan pendaftarannya.

Beliau berkata sehingga hari ini, beliau tidak faham kenapa Mawan enggan pergi kepada TGM untuk membuat keputusan.

"Saya juga tidak faham mengapa beliau masuk parti lain (Teras)," katanya dan menambah beliau kecewa kerana Mawan sebaliknya menyalahkan beliau.

"Saya tidak berniat menjatuhkan beliau. Sekiranya saya mahu menjatuhkannya, saya akan lakukannya lama dahulu. Mengapa perlu saya jatuhkannya kerana saya gembira dengan kedudukan saya sebagai timbalan presiden."

Beliau berkata beliau akan membiarkan orang ramai untuk mengadili sama ada Mawan telah mengkhianati parti dan anggotanya atau sebaliknya.

Kepada soalan lain, Tiong berkata beliau juga akan membiarkan para perwakilan memutuskan siapa yang bakal menjadi presiden pati seterusnya.

Katanya mesyuarat Majlis Tertinggi di Bintulu pada Sabtu ini akan memutuskan untuk menyegerakan TGM berikutan situasi semasa yang berlaku dalam parti.

Sementara itu beliau melahirkan rasa kecewa dengan sesetengah pemimpin cawangan yang menandatangani surat peletakan jawatan bagi pihak anggota parti.- BERNAMA
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget