Fenomena El Nino: MOSTI Mulakan Kajian Pastikan Pembenihan Awan Dioptimumkan

PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) memulakan kajian khusus bagi memastikan operasi pembenihan awan dapat dioptimumkan dalam menghadapi fenomena El Nino.

Menterinya Datuk Dr Ewon Ebin berkata, kementerian juga turut mengambil langkah awal dengan memantapkan dan memperkemaskan penyaluran maklumat perkembangan fenomena itu kepada semua agensi kerajaan yang terbabit.

"Dalam menghadapi fenomena El Nino, Mosti melalui MetMalaysia akan memainkan peranan penting dalam memberikan input khususnya apabila berlaku sebarang perubahan cuaca yang dikesan," katanya dalam kenyataan di sini Isnin .

Beliau berkata meskipun tahap kekuatannya masih belum dipastikan, semua pihak perlu membuat persediaan lebih awal bagi mengurangkan impak fenomena tersebut.

Fenomena El Nino, yang mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan, berkemungkinan besar melanda dunia pada pertengahan tahun ini yang dijangka bermula antara Jun dan Ogos depan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan sebarang maklumat boleh menghubungi talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1MET yang dibuka 24 jam setiap hari atau melalui emel kepada mmd@met.gov.my.

Pengguna juga boleh melayari laman sesawang rasmi Kementerian www@mosti.gov.my dan Jabatan Meteorologi Malaysia www@met.gov.my.

- BERNAMA
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget