gambar hiasan |
Mohammed Abu Wa’el Dhiab, 42, enggan makan dan minum semasa menjalani hukuman di penjara, lapor CNN.
Menurut Hakim, Gladys Kessler, mahkamah tidak mempunyai pilihan lain dan tidak boleh sewenang-wenangnya membiarkan tahanan tersebut mati akibat kebuluran di dalam penjara.
“Mahkamah kini dalam proses mempertimbangan untuk membuat keputusan yang kompleks untuk memastikan tahanan tersebut kekal hidup.
“Mahkamah tidak boleh membiarkan dia (Abu Dhiab) mati dengan begitu sahaja,” katanya.
Abu Dhiab merupakan warga Syria dan ditahan oleh tentera lebih 10 tahun kerana disyaki menyertai ahli kumpulan pengganas di AS.
Dia ditahan di Pakistan pada tahun 2002 dan dipindahkan ke Teluk Guantanamo untuk menjalani hukumannya namun keadaan fizikalnya bertambah lemah dan teruk akibat kebuluran. -sinar harian
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.