gambar hiasan |
Mangsa dikenali Saipol Arshad, 28, dipercayai mengadakan satu sesi minum bersama empat orang saudaranya di rumah tersebut.
Hairan mendapati mangsa tidak muncul-muncul, saudara mangsa cuba mendapatkannya di dalam bilik tidurnya.
Tanpa menduga apa-apa, mereka hanya menemui mangsa dalam keadaan tergantung di dalam biliknya pada jam 7 malam itu.
Mereka menurunkan badan Saipol ke bawah, namun mendapati mangsa berada dalam keadaan kaku dan tidak bernyawa.
Menurut ahli keluarganya, mangsa dipercayai berada dalam pengaruh alkohol sehingga sanggup mencabut nyawa sendiri.
Sementara itu, mayat seorang awak-awak kapal ditemui pagi semalam selepas dua hari dikhuatiri mati lemas.
Wong Kie Yie, 52, dikatakan terjatuh ke sungai dari sebuah kapal yang singgah di sebuah jeti, Jalan Lanang sekitar jam 2 petang Sabtu lalu.
Polis Marin menjumpai mayat tersebut terapung di perairan berdekatan di Jalan Lanang, di sini jam 8.35 pagi semalam. -utusan borneo
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.