Sabung Ayam: Perlu Ada Lesen Sempena Sambutan Hari Gawai

SRI AMAN, 19 Mei (Bernama) -- Pihak yang ingin mengadakan acara menyabung ayam sempena sambutan Hari Gawai Dayak pada 1 Jun ini perlu memohon lesen, kata Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Mohamad.

Beliau berkata borang permohonan untuk mendapatkan lesen boleh diperoleh di pejabat daerah dan mendapat persetujuan daripada ketua masyarakat, ketua polis daerah dan pegawai daerah.

"Sebelum diluluskan, Residen akan merujuk permohonan kepada Jawatankuasa Lesen Sabung Ayam," katanya kepada Bernama.

Beliau yang juga anggota Jawatankuasa Lesen Sabung Ayam di Sri Aman berkata lesen hanya dikeluarkan jika jawatankuasa berpuas hati penganjur mampu mengawal keadaan ketika acara dijalankan.

Residen Sri Aman lesen mengeluarkan lesen dua kali setahun iaitu pada bulan Jun dan Julai serta November dan Disember.

Mat Jusoh berkata pihak polis akan turut memantau acara bagi mengelak aktiviti perjudian. - BERNAMA

Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget