Rusuhan: Lebih 3,000 rakyat China dipindahkan

HANOI - VIETNAM . Lebih 3,000 rakyat China dibawa keluar dari Vietnam kelmarin susulan rusuhan anti China yang semakin memuncak di negara itu.

Media tempatan melaporkan, tindakan itu diambil selepas beberapa kumpulan aktivis Vietnam mahu mengadakan protes di beberapa bandar termasuk Hanoi dan Ho Chi Minh.

Protes itu dilakukan bertujuan untuk menghalang tindakan China yang mahu mendirikan pelantar minyak di kawasan perairan Laut China Selatan yang sejak dari dulu menjadi rebutan.

Dalam protes itu, sebanyak 16 rakyat China cedera parah akibat dibaling objek keras.

"Kesemua mereka akan kembali ke tanah air dengan bantuan Kedutaan China ke Vietnam," menurut Kementerian Luar China .

Sementara itu, pihak berkuasa Vietnam yang sebelum ini berdiam diri bagaimanapun memberi jaminan akan menghalang protes daripada terus meruncing. - Channel New Asia

Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget