Panda Fu Wa Suka Mandi - Dr Veterinar

KUALA LUMPUR: Panda gergasi Fu Wa yang berusia lapan tahun dari Chengdu suka memercikkan air dan mandi untuk tempoh masa yang lama.

"Jika anda biarkan Fu Wa, boleh main dalam air sehari suntuk," kata doktor veterinar China, Dr Li Caiwu yang tiba di Malaysia bersama dua ekor panda berkenaan pada Khamis.

Rakan Fu Wa, Feng Yi pula mempunyai sikap yang berbeza, menurut doktor veterinar itu ia seekor panda yang takut dengan orang yang baru dikenalinya.


"Feng Yi sangat takut pada mulanya, sebaik sahaja ia biasa dengan anda, ia sangat mudah mengenali anda melalui derapan tapak kaki dan ia akan berlari ke arah anda," kata Dr Li yang menjaga dua ekor panda berkenaan sejak  mereka masih kecil.

Dr Li dalam satu temubual eksklusif bersama The Star di Zoo Negara pada Khamis berkata, dua ekor panda berkenaan sudah mula menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru namun mereka masih lagi menunjukkan perasaan takut. -mstar
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget