BEIJING - CHINA. Sekurang-kurangnya 12 maut dalam kejadian banjir besar yang melanda selatan China sejak beberapa hari lalu menurut AP.
Agensi berita Xinhua melaporkan seramai 649,000 penduduk dan sebanyak 3,300 rumah di bandar Qingyuan, wilayah Guangdong turut terjejas dalam insiden tersebut.
Sementara itu, lebih 20,000 penduduk di bandar Shitan dilaporkan mengalami masalah kekurangan bekalan air bersih selepas kawasan kolam takungan ditenggelami banjir.
Susulan daripada kejadian tersebut, kerugian harta benda dianggarkan mencecah AS$293 juta (RM941 juta). -sinar harian
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.