Ahli SPDP diminta Terus Setia

BINTULU: Semua ahli Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)diminta terus setia kepada parti berkenaan tanpa mengira isu atau masalah melanda bagi memastikan parti itu terus gah sebagai komponen Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata walaupun pada masa sekarang SPDP mengalami krisis dalaman namun ahli-ahli parti harus faham bahawa pergolakan itu bukan berpunca daripada masalah peribadi tetapi disebabkan tindakan pemimpin mereka melanggar etika parti.

“Apa yang penting sekarang, semua ahli parti harus memahami dengan jelas apa sebenarnya yang melanda parti bagi mengelak mereka menerima maklumat yang tidak tepat berhubung perkara ini terutama mempercayai omongan kosong pihak luar yang diibaratkan suka menangguk di air keruh,” katanya pada Malam Perpaduan SPDP di sini malam kelmarin(Jumaat).

Majlis berkenaan dihadiri lebih 3,000 penyokong parti itu sekali gus menjadi petanda bahawa SPDP masih mendapat sokongan kuat daripada penyokongnya meskipun Tan Sri William Mawan Ikom, bekas presiden parti meninggalkan parti berkenaan bagi menyertai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

Secara umumnya, majlis berkenaan merupakan antara pengisian program SPDP sempena mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (AMKT) di Pusat Perkhidmatan Penduduk Ahli Parlimen Bintulu, di sini pada sebelah siangnya.

“Apa yang penting  SPDP pada masa sekarang meneruskan kesinambungan perjuangan parti bagi menjadikannya sebuah parti politik di bawah BN terus kukuh berdiri di kalangan penyokong kuat parti dengan kepimpinan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) yang ada pada masa sekarang,” ujarnya.

Katanya SPDP terus berusaha sedaya upaya mengukuhkan jentera parti bagi memastikan parti ini terus gah berdiri dalam komponen BN meskipun dilanda krisis dalaman. -utusan borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget