Tegasnya, berdasarkan rekod lepas skuad Seladang yang pernah mencipta kejutan dengan menundukkan beberapa pasukan gergasi.
Justeru , Alberts mahu pemainnya agar lebih berhati-hati kerana beliau menjangkakan perancangan istimewa bakal dihidangkan oleh anak-anak buah Abu Bakar Fadzim bagi memastikan mereka tidak keciciran mata di laman sendiri.
Tambahnya , sasaran untuk keluar dari zon penyingkiran akan menyemarakkan lagi semangat pemain Perak untuk meraih kemenangan pada pertemuan malam ini.
“Kita tetap hormat dengan keupayaan Perak namun itu tidak bermakna kita akan mensiasiakan peluang untuk memburu kemenangan.
“Cuma saya mahu pemain akan lebih berhati-hati dan fokus kerana pihak lawan pastinya tidak memberi laluan mudah,” katanya.
Alberts juga mahu pemainnya agar merantai pergerakan dua penyerang import Perak, Milan Purovi dan Abdulafees Abdulsalam yang mampu menghadirkan masalah kepada pertahanan Sarawak.
Sarawak akan berkunjung ke Stadium Perak dalam keadaan pincang tanpa khidmat kapten Joseph Kalang Tie, Rashid Aya, Ronny Harun dan penjaga gol utama Fadzley Rahim.
Turut diketepikan pemain pertahanan Gabor Gyepes yang masih dilanda kecederaan.
Begitupun Alberts tetap menaruh keyakinan skuad sedia ada mampu menggalas misi untuk membawa pulang tiga mata penuh. -utusan borneo
gambar dari facebook |
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.