TELUK INTAN, 27 Mei (Bernama) -- Pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan yang melibatkan 410 pengundi berdaftar di Dewan Serba guna Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak bermula pada pukul 8 pagi Selasa.
Proses pengundian itu yang kebanyakannya melibatkan anggota polis dan keluarga mereka akan berakhir 5 petang ini.
Mereka merupakan antara 60,349 pemilih berdaftar yang layak mengundi pada PRK kali ini.
Daripada 60,349 pengundi itu, sebanyak 23,301 merupakan pengundi Melayu, 25,310 pengundi Cina manakala pengundi India pula 11,468 orang.
Pengundian biasa akan diadakan pada Sabtu ini.
PRK ini menyaksikan pertembungan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud. -Bernama
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.