DBKU anjur program "I LUV KUCHING" 24 - 25 Mei

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menganjurkan program “I Luv Kuching" bertempat di Padang Merdeka pada hujung minggu ini bertarikh 24 – 25 Mei.

Program akan bermula pada jam 8 pagi hingga 11 malam pada hari Sabtu manakala pada hari Ahad pula program akan bermula pada jam 8 pagi sehingga 5 petang.

Orang awam dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut disamping melibatkan diri dalam acara-acara yang diadakan.

Disamping itu juga, pihak DBKU berkerjasama dengan Kelab Muay Thai Sarawak dan Persatuan Muay Thai UiTM yang akan menganjurkan kejohanan Muay Thai sempena program ini.

Muay Thai atau lebih dikenali sebagai sukan Tomoi adalah sukan seni mempertahankan diri yang berasal dari Thailand dan telah diberikan pengiktirafan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) sebagai sukan antarabangsa.

Objektif kejohanan ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada peserta dan memupuk semangat antara belia dengan keyakinan dan mempunyai pengetahuan mengenai sukan.

Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi Ahmad Shazani Mohamad Ghazali , Persatuan Muay Thai UiTM di talian 014-8937012 atau Zaidik Wasli di 019-8870401.

Butiran mengenai program itu juga boleh didapati di Bahagian Perhubungan Awam DBKU.

Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget