Datuk Bandar Miri Kekal Bersama SUPP

MIRI: Datuk Bandar Miri Lawrence Lai semalam mengumumkan bahawa  beliau kekal bersama Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan tidak akan menyertai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

Pengakuan rasmi pengerusi Majlis Bandaraya Miri (MBM) itu sekali gus menepis khabar angin selama ini yang menjangkakan beliau turut meninggalkan SUPP untuk menyertai TERAS bagi mengikut jejak langkah Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Dato Sri Wong Soon Koh.

“Tidak. Saya tidak akan me-nyertai TERAS sebaliknya memilih untuk terus bersama SUPP kerana saya mempunyai matlamat dan komitmen tinggi mahu memaju dan membangunkan Miri mengikut pelan yang sudah dan akan dirancang untuk Miri,” katanya pada sidang media khas yang diadakan di pejabat MBM di sini, petang semalam.

Pada masa yang sama Lawrence berkata keputusan itu dibuat dan diumumkan kerana beliau tidak mahu ada ahli-ahli majlis (para kaunselor) yang berasa sangsi dan keliru dengan kedudukan dan keputusan beliau.

“Saya harap segalanya jelas kini dan pada masa yang sama berharap keputusan yang dibuat ini akan terus dan dapat menyatupadukan semua kaunselor saya yang datang daripada parti-parti terbabit khususnya SUPP dan SPDP.

“Saya tidak pernah menghalang jika ada mana-mana para kaunselor daripada SUPP dan SPDP mahu menyertai TERAS atau kekal bersama parti mereka, itu keputusan mereka, namun saya berharap keputusan saya tidak menjejaskan perpaduan dan prestasi mereka (kaunselor-kaunselor MBM),” katanya.

Lawrence memberitahu, ketika ini MBM mempunyai 12 kaunselor daripada SUPP dan enam daripada SPDP.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding untuk sebarang jawa-tan menjelang Perhimpunan Agung SUPP yang akan diadakan pada tahun ini juga, Lawrence yang merupakan ahli SUPP Cawangan Piasau menekankan bahawa beliau tidak akan berbuat demikian.

“Saya tidak akan bertanding untuk mana-mana jawatan dalam SUPP, biarlah saya menjadi ahli biasa sahaja kerana saya mahu fokus kepada kerja dan tanggungjawab saya sebagai Datuk Bandar Miri,” jelasnya.

Khidmat beliau sebagai Datuk Bandar Miri disambung dua tahun lagi iaitu 2014 dan 2015.

Mengenai fokus beliau terhadap pembangunan di Miri, Lawrence berkata MBM baharu sahaja melancarkan Visi 5 Tahun (2014-2019) Miri sebagai Bandar Raya Peranginan Paling Sesuai Didiami di Sarawak, sempena Ulang Tahun Ke-9 Hari Bandaraya Miri.

Untuk mencapai visi lima tahun itu katanya, beliau mahu membawa MBM fokus kepada tiga teras utama ke arah visi tersebut iaitu pertama – Bersih dan Hijau, kedua – Bertenaga dan Selamat serta ketiga – Kemasyarakatan dan Kebudayaan.

“Sehubungan itu saya merayu kepada semua pihak dan penduduk Miri supaya bekerjasama dan memberi sokongan padu kepada MBM untuk merealisasikan visi tersebut tanpa mengira daripada parti politik mana, bangsa, agama, budaya atau keturunan.

“Hanya dengan demikian maka kita benar-benar mencapai hasrat menjadi 1Miri 1Komuniti’ yang menjadi tema sambutan ulang tahun kali ini,” tambahnya. -utusan borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget