DAP menang Bukit Gelugor, Bebas Hilang Deposit

Seperti yang dijangka DAP dengan mudah mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gelugor melalui  calonnya, Ramkarpal Singh yang telah diumumkan secara rasmi memenangi pilihan raya kecil itu hari ini.

Walau bagaimanapun majoriti undi merosot kepada 37,659 undi berbanding 42,706 undi yang dimenangi mendiang bapanya, Karpal Singh, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tahun lalu.

Ramkarpal memperolehi 41,242 undi manakala calon Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan mendapat 3,583 undi.

Selain Huan, dua calon Bebas, Mohd Nabi Bux Mohd Abdul Sathar dan Abu Backer Sidek Mohammad turut hilang wang deposit selepas masing-masing hanya meraih 799 undi dan 225 undi.

Hanya 46,099 pengundi atau 56.04 peratus daripada keseluruhan 82,283 pemilih berdaftar keluar mengundi.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget