The Journey diiktiraf Malaysia Book of Records

Filem terbitan Astro Shaw, The Journey, mencatat satu lagi kejayaan peribadi apabila diberikan Anugerah Seni dan Hiburan Cemerlang oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai filem tempatan paling laris dalam sejarah.

Pengiktirafan itu diterima filem berkenaan daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek, yang disampaikan kepada penerbit eksekutif The Journey merangkap Naib Presiden Bahagian Perniagaan Cina Astro, Choo Chi Han, dalam majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya, minggu lalu.


Hadir sama pada majlis itu ialah pelakon filem berkenaan iaitu Frankie Lee, Joanne Yew dan Sherry Aljeffri.

"Kami terharu apabila filem yang menyentuh hati ramai rakyat Malaysia ini banyak menerima sokongan daripada mereka. Kami mendedikasikan anugerah MBR ini kepada rakyat Malaysia kerana merekalah yang meletakkan The Journey sebagai sebahagian daripada sejarah dalam industri filem tempatan," kata Chi Han.-
Berita Harian
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget