KUCHING, (Bernama) -- Tabung Amanah Bakun (TAB) sudah membantu sejumlah 2,500 pelajar dari daerah Belaga dari segi kewangan atau biasiswa untuk melanjutkan pelajaran sama ada peringkat rendah mahupun tinggi sejak 1996, kata Pegawai Eksekutifnya Romio Ding.
Beliau berkata penubuhan TAB merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan Persekutuan dan negeri untuk meningkatkan mutu pencapaian pendidikan dalam kalangan pelajar luar bandar dari daerah Belaga.
TAB telah secara rasmi dilancarkan bersama-bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dan Ketua Menteri Sarawak ketika itu Tun Abdul Taib Mahmud pada 1 Sept 1996.
"TAB sudah membantu 2,500 pelajar dari peringkat sijil hingga ke Sarjana sejak 1996.
"Bantuan ini diberi kepada pelajar dari daerah Belaga yang melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi awam dan swasta di Sarawak dan juga di Semenanjung," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan dan Penyerahan Surat Tawaran Bantuan 'one off' TAB di Politeknik Kuching, Isnin.
Sebanyak sembilan pelajar dari daerah Belaga yang sedang melanjutkan pelajaran di Politeknik berkenaan menerima bantuan kewangan berjumlah RM1,000.
Turut hadir Pengarah Politeknik Kuching Sahul Hamed Abdul Wahab.
Romio berkata bagi tahun ini, TAB sedang memproses kira-kira 100 permohonan untuk mendapatkan bantuan kewangan tabung berkenaan.
"Syarat permohonan sangat mudah, pelajar hanya perlu mendapat tawaran daripada mana-mana institut pengajian dan kita akan salurkan bantuan kewangan tersebut.
"Bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran peringkat sijil dan diploma di Sarawak kita akan beri RM1,000; sijil dan diploma di Semenanjung RM1,500; Ijazah di Sarawak RM2,000 dan Ijazah di Semenanjung RM2,500," katanya.
Sementara itu pelajar Diploma Perakaunan Stefanie Kain, 18, berkata bantuan yang diterima itu akan digunakan untuk membeli komputer riba miliknya yang sudah rosak.
"Bersyukur dapat bantuan ini, lagipun saya memang sedang kumpul duit untuk beli komputer riba baharu kerana yang lama sudah rosak," kata pelajar dari Long Busang itu.
Daniel Mering Ibong, 18, dari Rh Bawang Sg Asap pula berkata dia akan menggunakan bantuan itu sebaik mungkin bagi membantu semasa belajar di politeknik itu.
"Saya tidak ambil pinjaman PTPTN, jadi bantuan ini dapat sedikit sebanyak bantu kewangan dan perbelanjaan pengajian saya," kata pelajar Kejuruteraan Mekanikal Bantuan itu.
TAB diwujudkan khusus untuk membantu masyarakat di Daerah Belaga yang terbabit dengan pembinaan Empangan Hidro Elektrik Bakun terutamanya dalam soal pembangunan pendidikan.
-- BERNAMA

Post a Comment