KUCHING, (Bernama) -- Majlis Islam Sarawak (MIS) menjangka jumlah kutipan Zakat dan Wakaf tahun ini menjangkau sekitar RM70 juta, berbanding RM65 juta yang dikutip menerusi Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) tahun lepas.
Yang Dipertuanya Datu Putit Matzen berkata ia selaras dengan trend kutipan tahunan yang sentiasa meningkat, ekoran kemakmuran berterusan yang dinikmati umat Islam di Sarawak.
Beliau berkata ia juga selaras dengan kesedaran tinggi dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim, khususnya dalam aspek menunaikan zakat.
"Kita juga perlu bersyukur kini lebih banyak syarikat tampil menunaikan tanggungjawab membayar zakat perniagaan," katanya ketika ditemui di majlis Ihya Ramadan MIS di Kampung Teluk Melano, kira-kira 104km, dari sini semalam.
Menurutnya sehingga kini TBS sudah memberi sumbangan kepada 94,000 orang di seluruh Sarawak, terutama bantuan pendidikan, kemiskinan dan perubatan.
Program Ihya Ramadan MIS dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), JASA dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) itu merupakan acara tahunan yang menyaksikan kunjungan badan-badan berkenaan di seluruh Sarawak.
Putit berkata program itu bertujuan menyuburkan amalan ziarah dalam usaha mengeratkan silaturahim antara penduduk kampung dan jabatan-jabatan serta agensi kerajaan, di samping menghidupkan amalan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Beliau berkata pihaknya juga berhasrat mengimarahkan masjid, terutama di bulan Ramadan.
Katanya tahun ini MIS mengagihkan RM1.3 juta khusus buat masjid serta surau di seluruh Sarawak dan beliau menjangka tahun depan jumlah sumbangan itu dapat ditambah lagi.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam APMM Wilayah Maritim Sarawak, Lt. Madya Maritim Muhammad Hainizam Mohd Jamil berkata sumbangan agensi berkenaan dalam program dua hari itu lebih kepada tugasan menyediakan pengangkutan, memandangkan perjalanan laut membawa banyak muatan dari Kuching ke Telok Melano menjangkau sehingga lebih empat jam.
Menurutnya ia lebih kepada tanggungjawab sosial agensi itu dalam menghulur bantuan kepada mereka yang berminat melakukan kerja-kerja kemasyarakatan.
-- BERNAMA

Post a Comment