KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SARAWAK (BPPNS)
19 Ramadan 1436H / 6 Julai 2015M
"Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak (BPPNS) Sesi 2015-2017"
1. Sukacita dimaklumkan bahawa BPPNS telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada Sabtu, 4 Julai 2015 dan memuktamadkan senarai lengkap organisasi Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak sesi 2015-2017.
2. Ahli Jawatankuasa yang akan memegang portfolio lajnah dan jabatan adalah seperti dalam senarai yang disertakan. Pimpinan PAS Sarawak ini adalah kombinasi professional, lulusan agama dan aktivis. Organisasi ini juga mengetengahkan gabungan pemimpin berpengalaman dan anak muda serta menonjolkan majoriti anak tempatan Sarawak.
3. PAS akan terus memberikan penekanan terhadap agenda politik, dakwah, pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan. Program-program memasyarakatkan PAS melalui Projek UntukMu Sarawak (UMS) akan diteruskan bagi menarik sokongan rakyat kepada PAS.
4. Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Kali Ke-11 akan tamat tempoh matangnya dan Pilihanraya perlu diadakan selewat-lewatnya pada 22 Jun 2016. Dalam PRN akan datang, PAS akan bertanding di sekurang-kurangnya di 7 Kerusi DUN dengan tambahan kerusi masih dalam perundingan.
5. Misi PAS dalam PRN akan datang ialah untuk menghantar ADUN Sulung PAS ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Ini bagi memastikan PAS mampu untuk bersama-sama berpartisipasi dalam dewan pembuat dasar dan sekaligus menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan Rakyat Sarawak.
6. Meskipun DAP Sarawak telah memutuskan hubungannya dengan PAS Sarawak, PAS kekal komited dengan keberadaan Pakatan Rakyat untuk mewujudkan blok pembangkang yang kuat dalam berhadapan Barisan Nasional. Ini bagi mewujudkan sistem semak dan imbang (check and balance) yang akan menatijahkan sistem kerajaan yang lebih baik, telus dan efisien.
7. Di kesempatan ini juga, PAS Sarawak ingin mengucapkan Ramadan Kariim, Selamat Berpuasa kepada seluruh Muslimin dan Muslimat serta Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semoga kita semua diberikan kekuatan berubah ke arah kebaikan serta sentiasa mendokong perjuangan menegakkan keadilan.
Sekian, terima kasih.
TUAN HAJI ADAM AHID
(PESURUHJAYA PAS SARAWAK)
*********************
AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak (BPPNS) Sesi 2015 2017
Pesuruhjaya
Haji Adam Bin Ahid
(Pengerusi Lajnah Politik & Pilihanraya)
Timbalan Pesuruhjaya 1 (Zon Utara)
Haji Jofri Bin Jaraiee
(Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal serta Asas Tani & Alam Sekitar)
(Yang DiPertua PAS Kawasan Miri)
Timbalan Pesuruhjaya 2 (Zon Tengah)
Ir. Mohd Azwani Bin Abdul Rani
(Pengerusi Lajnah Ekonomi & Pengurusan Harta PAS)
(Yang DiPertua PAS Kawasan Bintulu)
Timbalan Pesuruhjaya 3 (Zon Selatan)
Ustaz Salman Bin Hisham
(Pengerusi Lajnah Dakwah)
Setiausaha
Engr. Mukhtar Bin Suhaili
(Juga merupakan AJK PAS Pusat)
Bendahari
En. Zulkipli Bin Ramzi
(Timbalan Pengerusi Lajnah Ekonomi & Pembangunan Harta PAS)
(Yang DiPertua PAS Kawasan Kota Samarahan)
(Setiausaha Kerja BPPNS)
Ketua Penerangan
Haji Kiprawi Bin Aman
Pengarah Pilihanraya
En. Zharudin Bin Narudin
(Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS)
*********************
Ketua Dewan 'Ulamak
Ustaz Abdul Halim Bin Abdul Kadir
Ketua Dewan Pemuda
En. Mohammad Arifiriazul Bin Paijo
Ketua Dewan Muslimat
Ustazah Juliani Binti Adini
*********************
Penolong Setiausaha 1
En. Muhammad Nizar Bin Ahmad
(Setiausaha PAS Kawasan Kota Samarahan)
Penolong Setiausaha 2
En. Abang Abdul Raini Abang Abdullah
(Setiausaha PAS Kawasan Petra Jaya)
Penolong Setiausaha 3
Cik Dayangku Huda Binti Ahmad
*********************
AJK Lantikan
Pengerusi Lajnah Pendidikan
Dr. Azman Bin Faiz
Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah
Ustaz Mohd Arsyad Bin Ariffin
Pengerusi Lajnah Penerangan & Hubungan Media
Cikgu Mohamad Shokri Haji Ahmad Fauzi
Pengarah Pusat Pengurusan Kecemasan & Bencana
En. Mohd Syah Bin Anuar
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional & Hubungan NGO
En. Syamsul Bahrie Bin Mohamad
Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan
En. Abang Eddy Allyanni Abang Fauzi
Pengerusi Lajnah Tarbiyah & Pengkaderan
Ustaz Nur Islam Bin Abdul Rahman
Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
En. Fata Bin Walid
**********************
Yang DiPertua PAS Kawasan Petra Jaya
En. Rashidi Bin Hassan
Yang DiPertua PAS Kawasan Batang Lupar
En. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus
Yang DiPertua PAS Kawasan Batang Sadong
Cikgu Asan Bin Singkro
Yang DiPertua PAS Kawasan Sibu
Ustaz Isa Daud Al-Maranji
Yang DiPertua PAS Kawasan Mukah
En. Awang Adenan Bin Awang Wasli
Yang DiPertua PAS Kawasan Santubong
En. Andri Zulkarnaen Bin Hamden
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Sarawak
Ustaz Shakir Bin Hashim
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Sarawak
En. Hamdan Bin Sani
Setiausaha Dewan Muslimat PAS Sarawak
Cik Hamidah Binti Mokhtar
Setiausaha PAS Kawasan Batang Lupar
En. Asri Bin Mostapha
Setiausaha PAS Kawasan Batang Sadong
En. Abdul Rahim Bin Haji Omar
Setiausaha PAS Kawasan Miri
En. Abdul Hadi Bin Alias
Setiausaha PAS Kawasan Bintulu
En. Kamarul Ariffin Bin Abdullah Zauaui
Setiausaha PAS Kawasan Sibu
En. Fadhil Bin Omar
Setiausaha PAS Kawasan Mukah
Ustaz Nizar Bin Mahzir
Setiausaha PAS Kawasan Santubong
En. Hisham Bin Adam
Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)
Mr. Yeo Kian Leong
-SarawakLIVE
Post a Comment