Pertikai RUU MKN jahil, bohong


ARAU - Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini dibuat di bawah Perkara 74 (1) Perlembangan Persekutuan dan sama sekali tidak menyentuh kuasa Yang di-Pertuan Agong yang terkandung dalam Perkara 149 dan 150.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim berkata, di bawah Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan, Parlimen mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang.

Beliau berkata, justeru mana-mana pihak yang mempertikaikan penubuhan Rang Undang-Undang MKN adalah jahil dan berbohong.

“Saya sifatkan mereka yang menentang tidak membaca dengan teliti rang undang-undang itu dan jika tahu pula melakukan pembohongan kerana memutar-belit fakta,” katanya.

Beliau diminta mengulas Rang Undang-Undang MKN yang diluluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini, meskipun mendapat bantahan keras daripada wakil rakyat pembangkang dengan 107 menyokong dan 74 menentang.

Shahidan ditemui dalam majlis penyerahan sumbangan tahunan sebuah beg dan sepasang pakaian sekolah kepada 1,500 murid terdiri daripada anak-anak yatim di negeri ini bernilai RM150,000, hasil sumbangan Ahli Parlimen Arau dan Yayasan Pok di sini, hari ini.

Mengenai banyak kejadian mati lemas di lokasi-lokasi percutian di seluruh negara kebelakangan ini, Shahidan meminta kerajaan negeri supaya memasang papan tanda yang jelas khususnya bilangan angka kematian di kawasan terbabit.

“Pasang papan-papan tanda yang menyatakan tentang bahayanya lokasi terbabit, berhati-hati serta disusuli angka kematian,” ujar beliau.

- Utusan Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget