KPDNKK gagal laksana tanggungjawab


PETALING JAYA : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) didakwa gagal memainkan peranan mengawal harga barang dan membanteras penjualan barangan tiruan.

Beberapa orang awam yang ditemui FMT pada Jumaat memberitahu, disebabkan kegagalan itu timbul pelbagai isu termasuk beberapa siri pergaduhan antaranya yang berlaku di Plaza Low Yat dan Plaza Kota Raya baru-baru ini.

Seorang pelukis pelan, Mohd Jasmin Shariff, 31, berkata, penjualan barang-barang tiruan misalnya di Low Yat telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembeli di plaza itu.

“Mereka (KPDNKK) tidak buat kerja. KPDNKK patut buat kerja dengan telus..kes ugut juga banyak di Low Yat.

“(KPDNKK) juga tidak mampu untuk membela nasib peniaga..cakap je lebih,” katanya.

Menurut Mohd Jasmin lagi, isu kegagalan KPDNKK mengawal harga barang dan membanteras penjualan barangan tiruan juga bukan merupakan isu baru.

“Kawalan harga masih tidak dapat dibuat sangat,” ujarnya.

Pendapat itu disokong oleh, Muhammad Hafiz Yaákob,27, apabila menyatakan KPDNKK hanya membuat tindakan selepas timbulnya isu pergaduhan di plaza berkenaan.

“Bila dilaporkan oleh media massa, dah jadi viral..baru ada serbuan dilakukan. Saya mencadangkan agar kakitangan KPDNKK melakukan penyamaran dan selepas itu membuat serbuan terhadap peniaga yang melakukan kesalahan, katanya.

Dalam pada itu Muhammad Hafiz turut mendakwa, berlakunya penjualan barang-barang tiruan adalah berpunca akibat kurangnya penguatkuasaan oleh pihak Kastam Diraja Malaysia.

“Barang-barang tiruan ini lepas dari mana? Kastam..kalau Kastam memainkan peranannya, tidak ada perkara seperti ini,” jelasnya.

Sementara itu , peniaga Pasar Tani, Mohd Rizuan Kussarin, 26, pula berpendapat KPDNKK seharusnya meningkatkan jumlah bilangan penguatkuasa.

Katanya, jumlah bilangan penguatkuasa yang kurang menyebabkan tindakan tidak dapat diambil.

- Free Malaysia Today
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget