MCA gesa Jepun bayar pampasan pada mangsa seks Malaysia

MCA hari ini menggesa kerajaan Jepun supaya membuat bayaran pampasan kepada wanita Malaysia yang dipaksa menjadi hamba seks sepanjang Perang Dunia Kedua.

Ini berikutan permohonan maaf Jepun kepada wanita mangsa seks di Korea Selatan dua hari lalu dan janjinya untuk membayar 1 bilion yen (RM35.66 juta) kepada mereka.

Menurut Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong, kerajaan Jepun perlu mengakui bahawa wanita Malaysia juga menjadi mangsa sepanjang perang berkenaan.

Justeru, permohonan maaf harus dilakukan, katanya seperti dipetik oleh Sun Daily.

"Memandangkan ini, kami sedang menanti bayaran dan keadilan untuk mangsa yang mengalami kesakitan emosi semasa pengalaman pahit itu," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata "bayaran pampasan" hendaklah disalurkan kepada badan-badan amal dan bukan untuk kegunaan peribadi.- Malaysiakini
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget