Kes Zulkifli: KPN bidas Majlis Peguam diam diri

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar membidas Majlis Peguam kerana gagal memberi penjelasan kepada rakyat berhubung kes Mohamad Zulkifli Ismail yang bakal berdepan hukuman gantung kerana didakwa membunuh perompak.

Katanya, Majlis Peguam kononnnya sebelum ini lantang memperjuang hak asasi rakyat, namun apabila melibatkan isu Zulkifli mereka gagal tampil mejelaskan kepada rakyat sehingga pihak berkuasa dipersalahkan.

“Saya minta peguam hak asasi manusia, melalui Majlis peguam keluar bagi penjelasan, kalau bab lain cepat bagi penjelasan kenapa yang ini (isu Zulkifli) tidak ada pula

“Di sini peranan Majlis Peguam untuk bagi penerangan, mereka kononnya pakar beri penerangan kepada orang ramai dan kenapa biarkan orang ramai buat pandangan sendiri sampai jadi viral,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat JIPS di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman pada Khamis.

Khalid berkata, tindakan Zulkifli apa yang membunuh dengan alasan mempertahankan diri dan keluarganya daripada perompak bertentangan dengan Seksyen 99 kanun keseksaan yang secara jelas menyatakan hak seseorang untuk bertindak.

Katanya, orang ramai juga gagal mamahami had sebenar untuk seseorang itu bertindak bagi mempertahankan diri daripada penjenayah dan menyalahkan pihak berkuasa apabila sesuatu hukuman itu dibuat sehingga perkara itu menjadi viral.

“Banyak orang tidak tahu had mana mempertahankan diri, Seksyen 99 Kanun keseksaan menjelaskan setakat mana hak mempertahankan diri oleh orang ramai boleh digunakan. Malah bagi pihak polis juga ada had. Bukan had pertahankan diri hak mutlak,” katanya.

Sehubungan itu, beliau akan mengahkan Jabatan Perhubungan Awam Bukit Aman mengeluarkan maklumat lengkap hak seseorang itu untuk bertindak mempertahankan diri mengikut undang-undang. - FMT
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget