Sarawak harus dipimpin pemimpin belia berkebolehan, berketerampilan


KUCHING: Sarawak harus dipimpin golongan pemimpin belia yang berkebolehan dan berketerampilan menjelang 2030.

Setiausaha Agung SABERKAS Dr Abdul Rahman Junaidi berkata Malaysia sememangnya meletakkan harapan yang tinggi untuk mencapai hasrat itu.

“Dengan usaha menganjurkan program Skuad Kepimpinan MiB 300 di tiga zon di Sarawak, kita mahu mencungkil rakan kepimpinan dan yang pertama diadakan di sini adalah perintis bagi tujuan itu.

“Kita juga mahu meniru pemimpin belia di negara-negara yang sudah maju seperti Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom yang mana pemimpin golongan belia tidak melebihi 30 tahun memimpin,” katanya ketika merasmikan Majlis Penangguhan Skuad Kepimpinan MiB 300 di D’Cove Family Park di sini semalam.

Perkara itu katanya, berkemungkinan akan diwartakan dalam tempoh tiga hingga empat tahun dan selewat-lewatnya pada 2018.

Program sedemikian katanya, bertujuan mencari 300 pelopor pemimpin belia skuad MiB 300 yang berkaliber menjadi perintis pertama dalam negara.

“Mereka dilatih dan diasuh dengan bersistem untuk menjadi pemimpin belia pada masa akan datang.

Justeru seramai lebih kurang 40 peserta berumur antara 18 hingga 25 tahun telah menyertai program itu yang diadakan selama tiga hari dua malam di Pasir Pandak.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata pemimpin kanan selepas ini hanya akan menjadi penasihat kepada setiap program dan majlis yang akan diadakan para pemimpin.

Setiap keputusan akan melibatkan pemimpin golongan belia itu sendiri untuk menganjurkan aktiviti yang menarik.

Tegasnya lagi, tanpa kepimpinan yang berkaliber dan berpengalaman dalam menguruskan sesuatu perkara akan menyebabkan keselamatan negara terancam.

“Pemimpin ala kadar akan menyebabkan pertelingkahan dan suasana politik yang tidak menentu sebagaimana yang terjadi di negara Guatemala sekarang ini,” tegasnya.

Beliau juga menyarankan agar ahli jawatankuasa di kampung dan institusi pengajian tinggi untuk menyebarkan wahana untuk pembentukan belia SABERKAS yang aktif.

Dr Abdul Rahman turut menyampaikan watikah pelantikan dan sijil peserta kepada para peserta yang hadir.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget