Kunjungan hormat pemimpin PAS Sarawak ke atas Ketua Menteri


KUCHING: Rombongan dari parti PAS cawangan Sarawak akan membuat kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Petra Jaya di sini pada hari Jumaat ini.

Difahamkan, pertemuan tersebut adalah atas permohonan PAS Sarawak yang begitu teruja untuk bertemu Ketua Menteri, selepas Ketua Menteri melayani kunjungan DAP dan PKR Sarawak pada tahun lepas.

Menurut sumber dari kalangan penyokong PAS, permohonan untuk pertemuan itu telah dibuat oleh Persuruhjaya PAS Sarawak Haji Adam Ahid.

Rombongan PAS Sarawak dijadual membuat kunjungan tersebut semasa Persidangan Pengal Pertama DUN Sarawak ke-17 di DUN Sarawak yang sedang berlangsung dari 21 April 2015 hingga 29 April 2015. 

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Presiden PAS Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang juga telah membuat kunjungan hormat ke atas Adenan. - Sarawakiana

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget