SIBU: Persatuan Melayu Melanau Sibu (PMS) menggesa supaya jawatan timbalan pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) diisi kaum Bumiputera.
Pengerusinya Abang Abdul Hamid Abang Bolhasan berkata sudah tiba masanya jawatan itu diisi individu daripada kalangan Bumiputera.
Katanya, 40 peratus kumpulan etnik penduduk di Sibu adalah dalam kalangan Bumiputera.
“Bukan sesuatu yang luar biasa seandainya kerusi bagi jawatan timbalan pengerusi diberikan kepada Bumiputera.
“Ini kerana sistem tersebut pernah diamalkan pihak berkuasa tempatan (PBT) lain walaupun majoriti rakyat di kawasan itu adalah kaum Cina,” ujarnya kepada pemberita.
Menurut Abang Abdul Ahmid, kerusi timbalan pengerusi semasa zaman penjajah pernah diberikan kepada kaum Bumiputera.
Justeru beliau berharap, pendapatnya itu dapat disambut baik oleh pihak berkenaan.
“Saya melihat terdapat keperluan kenapa jawatan itu wajar diberikan kepada kaum Bumiputera terutama dalam mengimbangi sistem pengagihan kuasa,” katanya.-Utusan Borneo
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.