BN akan sapu bersih kerusi Bidayuh

Enam kerusi diwakil Bidayuh, Tebedu, Tarat, Kedup, Mambong, Tasik Biru, Opar


BAU: Barisan Nasional (BN) akan menyapu bersih kesemua enam kerusi Bidayuh pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) yang dijadual April nanti.

Keyakinan ini dinyatakan sendiri oleh Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Michael Manyin Jawong pada Majlis Perasmian Pejabat Perhubungan Cawangan PBB N.18 Serembu di sini semalam.

Enam kerusi BN yang diwakili oleh Bidayuh ialah Tebedu, Tarat, Kedup, Mambong, Tasik Biru dan Opar.

Jelas Manyin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan, kaum Bidayuh amat bernasib baik kerana diperuntukkan dengan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga kerusi Parlimen.

Malah katanya, jika dipersetujui oleh pucuk kepimpinan tertinggi parti dan BN Sarawak, Bidayuh katanya berkemungkinan menerima tambahan dua kerusi DUN baharu iaitu Serembu dan Bukit Semuja pada PRN11 nanti.

“Kita mempunyai hak untuk menuntut kerusi Serembu dan Bukit Semuja berdasarkan kepada sokongan kuat pengundi kepada PBB di dua kawasan ini.

“Kami telah bermesyuarat banyak kali bersama Ketua Menteri yang juga pengerusi BN Negeri dan presiden PBB berhubung pengagihan 11 kerusi DUN baharu ini namun setakat ini masih belum ada keputusan muktamad dibuat.

“Kita berharap dua kerusi ini akan diwakili oleh Bidayuh dan saya yakin PBB akan menang dengan majoriti besar di dua kerusi baharu ini nanti,” katanya.

Majoriti atau 75 peratus daripada pengundi di Serembu adalah Bidayuh, 20 peratus Cina dan lima peratus Melayu.

Manakala di Bukit Semuja, 48 peratus daripada pengundi adalah Bidayuh, 21 peratus Cina, 19 peratus Melayu dan 12 peratus Iban.

Pada majlis itu, Manyin turut melancarkan jentera PBB untuk PRN11 Serembu diikuti penyerahan panji, bendera BN dan PBB kepada ketua zon.

Pejabat Perhubungan Cawangan PBB N.18 Serembu terletak di Pusat Komersial Simpang Buso, Jalan Bau Lama-Kuching dekat sini. - Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget