PAS tegas Kerajaan Pusat perlu serius pertahan kedaulatan negara


Kerajaan Pusat perlu berani menggunakan aset-aset pertahanan negara yang dibeli dengan kos berbilion-bilion ringgit apabila kedaulatan negara kelihatan terancam.

Kehadiran kapal-kapal pengawal pantai (Coast Guard) Republik Rakyat China hanya 84 batu nautika dari Miri, Sarawak tanpa dicabar membuktikan pimpinan negara dari Barisan Nasional tidak tegas mempertahankan kedaulatan negara.

Kejadian tersebut perlu dianggap serius kerana tidak ada sebab munasabah kenapa kapal-kapal negara itu berada begitu hampir dengan perairan Malaysia. 

Sepatutnya kapal-kapal pengawal-pengawal pantai negara China mengawal pantai negara China dan bukan pantai Malaysia.

Negara memiliki aset-aset pertahanan bernilai berbilion ringgit seperti kapal terbang, kapal perang dan kapal selam tetapi negara asing boleh sesuka-hati menghantar kapal-kapal mereka sehingga ke persisiran pantai kita.

Sebelum ini rakyat Malaysia dikejutkan pendedahan bahawa jet-jet pejuang tentera udara Singapura sering mencerobohi ruang udara negara kita. 

Sempadan negara kita juga sering dibolosi oleh pendatang tanpa izin yang memasuki negara kita di atas sebab-sebab ekonomi.

Sebarang tindakan yang dilihat sebagai mengancam kedaulatan negara tidak seharus dipandang ringan. Negara kita telah dijajah lebih 500 ratus tahun dan kemerdekaan yang diperolehi mesti dipertahankan dengan bersungguh-sungguh.

Semalam jet-jet pejuang Tentera Udara Britain telah memintas 2 jet pengebom Russia yang berada di luar ruang udara Britain tetapi menghala ke arah ruang udara negara itu. Ketegasan dan kesungguhan  seperti ini yang diperlukan dari pemimpin-pemimpin negara kita. 

YB Datuk Iskandar Abdul Samad
Naib Presiden PAS- HarakahDaily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget