Rakyat Kecewa PH Makin Celaru – Tuan Ibrahim


PETALING JAYA: Rakyat kini kecewa dengan kecelaruan dalam kalangan parti pembangkang, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Tuan Ibrahim berkata, parti pembangkang harus sedar bahawa rakyat ingin melihat pembangkang bersatu dan bukan saling menyerang dan melemahkan satu sama lain.

“Hakikatnya, semua parti pembangkang ingin menukar parti yang menerajui kerajaan kini. Malangnya hari ini, selain UMNO-BN, yang menambah duka dan derita rakyat ialah kecelaruan di kalangan parti pembangkang.

“Rakyat ingin melihat pembangkang bersatu – bukan saling menyerang dan melemahkan satu sama lain,” katanya menerusi surat terbuka beliau, hari ini.

Semalam, PKR menyelar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang memecat dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Pulau Pinang. Tindakan itu sekali gus menyebabkan hubungan PKR dan DAP retak ketika ini.

Tuan Ibrahim berkata, parti pembangkang harus bangkit dengan berpolitik secara matang dan memikirkan ke arah gagasan besar demi menyelamatkan Malaysia.

Katanya, untuk mencapai matlamat berkenaan, rakyat harus jadi pendesak dan guru disiplin kepada pemimpin dan ahli politik.

“Rakyat perlu memberikan mesej kepada para ahli politik bahawa mereka perlu bekerja untuk undi kamu dan bukannya sekadar mengambil kesempatan dengan mengganggap rakyat secara automatik akan mengundi mereka jika mereka menolak satu pihak yang lain,” katanya.- FMT

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget