Timbalan Presiden: Muhyiddin digantung, Zahid ambil alih


KUALA LUMPUR: Tokoh politik Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung sebagai Timbalan Presiden UMNO berkuatkuasa serta-merta.

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Majlis Tertinggi (MT) sebulat suara bersetuju Muhyiddin digantung sehingga pemilihan parti akan datang yang ditunda ke 2018.

Mengisi kekosongan akibat pelanggaran Perkara 9.8.2.1 Perlembagaan UMNO itu, Naib Presiden Ahmad Zahid Hamidi diminta ke depan bagi mengambil alih kemudi kedua parti Melayu itu.

“Kelakuan Muhyiddin tidak mencerminkan kedudukannya sebagai timbalan presiden (iaitu membantu presiden mengukuhkan parti). Beliau juga menjejaskan parti,” kata Tengku Adnan di sidang media di Ibu Pejabat UMNO hari ini.

Mesyuarat selama tiga jam tersebut dipengerusikan Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein, selepas Presiden Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusan untuk ‘keluar awal’ daripada mesyuarat.

Tindakan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu telah dijangka kerana sebelum ini, Ahli MT Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan akan mengusulkan penggantungan Muhyiddin.

Usul tersebut dibuat susulan tindakan Muhyiddin menuduh Najib menghalang beliau melaksanakan tugas sebagai timbalan presiden, minggu lalu.

Muhyiddin juga mendakwa, selaku bekas Timbalan Perdana Menteri, beliau maklum banyak perkara mengenai derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib.

Pertembungan antara Muhyiddin dan Najib tercetus apabila pemimpin Johor itu mengkritik kontroversi 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.

Pada Julai tahun lalu, Najib merombak Jemaah Menteri dan mengugurkan Muhyiddin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan. -FMT

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget