VIDEO: Parodi DAP CNY sempena PRN Sarawak


DAP telah menerbitkan satu lagi video muzik lucu Tahun Baru Cina (CNY), kali ini parodi mengenai RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang kemudiannya beliau dakwa sumbangan dari Timur Tengah.

Dalam video muzik itu, menjelang kempen pilihan raya Sarawak, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dilihat menyanyi lagu klasik CNY Cai Shen Dao.


"Selamat Tahun Baru, semoga tahun baru ini membawa perubahan kerajaan, selamat tinggal kepada penganiayaan dan rasuah," kata Tony Pua.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching pula berpesan, "Pilihanraya Negeri Sarawak sudah semakin dekat, DAP tidak seperti Najib. Walaupun DAP tidak mempunyai rakan dari Arab, tetapi DAP ada rakyat Malaysia untuk sama-sama menderma ke akaun DAP  sempena pilihanraya Negeri Sarawak 2016".-SarawakLive



Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget