AMK Sarawak selar tindakan kerajaan sekat The Malaysian Insider



MIRI: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan tindakan kerajaan pusat menyekat portal berita The Malaysian Insider (TMI) sebagai langkah tidak progresif.

Ketuanya, Steve Teo berkata, sebagai negara demokratik, kerajaan harus menghormati suara pelbagai sudut termasuk pihak media.

“Menyekat portal berita di media sosial menunjukkan kerajaan tidak menghormati hak asasi manusia kerana setiap individu mempunyai hak untuk meluahkan pendapat masing-masing,” katanya.

Kelmarin, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat laman web berita The Malaysian Insider (TMI) atas alasan melanggar undang-undang negara.

Menurut maklumat SKMM, laman itu disekat bawah Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana melanggar undang-undang.

Steve mengulas, kerajaan tidak seharusnya bersikap takut menghalang hak bersuara kerana tindakan itu menunjukkan kerajaan seperti menyembunyikan sesuatu daripada rakyat.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan sekatan akan diperluaskan kepada portal media lain yang lantang bersuara menegur kerajaan.

“Media tidak harus dijadi sebagai alat pembersih otak iaitu hanya menyuap pembaca dengan maklumat yang ingin diketahui.

“Media seharusnya dijadikan alat untuk menjadikan pembaca dan masyarakat menjadi lebih berpengetahuan,” kata-nya.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget