Keyakinan rakyat terhadap SPDP kini bertambah kukuh

PAKAN: Keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap barisan kepimpinan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) kini semakin kukuh terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakan.
Pelobi SPDP DUN Pakan Dr Jawie Jinggut berkata, kesimpulan itu dibuat hasil kunjungan serta program turun padang mahupun majlis suai kenal bersama pasukannya sejak tahun lepas hingga kini.
Katanya pelbagai respons positif diterima daripada masyarakat di peringkat akar umbi sejak beliau dan pasukannya menjalankan program melobi untuk kawasan ini.
“Jelas sekali masyarakat di peringkat akar umbi di kawasan ini begitu mengharapkan SPDP menjadi parti komponen Barisan Nasional (BN) yang dapat menampilkan muka baharu berkaliber untuk menjadi wakil rakyat,” katanya pada Majlis Suai Kenal di Rumah Ranggau Ujang, Dayu dekat sini, baru-baru ini.
Dr Jawie menjelaskan, masya-rakat di kawasan itu berasakan mereka masih lagi tertinggal jauh daripada arus pembangunan ter-utama melibatkan pembangunan asas seperti kemudahan infra-struktur merangkumi kemudahan jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik serta kemudahan lain.
“Justeru, sekiranya saya diberi peluang dan kepercayaan untuk mengalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan ini nanti, perkara ini akan menjadi perjua-ngan utama saya,” jelasnya.
Sekitar 200 penduduk dari rumah panjang sekitar kawasan terbabit menghadiri majlis ber-kenaan.
Menurut Dr Jawie, sebagai sebuah parti dalam BN, perjuangan SPDP dalam menambah kekukuhan harus dimantapkan dari semasa ke semasa.
“Selepas berlakunya konflik dalaman parti, SPDP harus bertindak menyusun semula strategi perjuangannya untuk memasti-kan kepercayaan dan sokongan masyarakat di peringkat akar umbi kembali dan bertambah.
“Konspirasi berterusan melanda SPDP sejak dari dahulu lagi bukan faktor mampu me-lemahkan semangat kepimpinan dan ahlinya. Malah perkara itu telah memberi satu suntikan semangat baharu kepada ahli SPDP meneruskan perjuangan untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Jelasnya, mulai sekarang, parti akan membina kekuatan SPDP dan mengembalikan kegemilangan, perpaduan ahli dan kepercayaan rakyat untuk memimpin dan membangunkan mereka.
Pada masa sama kata Dr Jawie, SPDP akan terus menjalankan pendaftaran ahli di semua peringkat terutama golongan muda yang ingin menyertai perjuangannya.
“Selain itu, kita akan meng-ambil pendekatan, mencari, mengenal pasti dan membantu menyampaikan ilmu penge-tahuan melibatkan agensi dan organisasi awam dan swasta berkaitan kepada masyarakat di kawasan ini.
“Namun begitu, keutamaan saya adalah rakyat. Justeru saya sentiasa memastikan rakyat di-utamakan bukan sahaja mendekati mereka malah mendengar serta mengenal pasti keperluan mereka seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka,” tegas Dr Jawie.

Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri Alexander Asing Sadai, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk Paul Igai serta beberapa orang ketua masyarakat. – Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget