Mauh pertahan pendirian Gira pengganti terbaik DUN Tamin


SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Datuk Joseph Mauh Ikeh mahu penggantinya Christopher Gira Sambang meneruskan budaya pembangunan luar bandar khususnya di lebih 300 rumah panjang di konstituensi Tamin.
Katanya kawasan meliputi beberapa batang sungai seperti Sungai Pasai (Batukar, Bon, Engkabang, Siong) Sungai Oya, Sungai Mukah dan Sungai Balingian.
“Saya mahu Gira me-neruskan legasi saya sebaik mungkin atau jauh lebih baik berbanding saya seandainya beliau diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016 ini.
“Justeru, Gira yang menggantikan tempat saya harus meneruskan dan menyambung cita-cita saya untuk membangunkan infrastruktur di kawasan DUN Tamin lebih-lebih lagi jalan raya ke setiap kawasan rumah panjang dan sekolah.
“Di samping itu, pembangunan jalan kebun, sekolah dan tadika di setiap rumah panjang juga harus diterus-kan,” katanya semasa ber-ucap pada Majlis Suai Kenal dan Makan Malam Bersama Gira yang diperkenalkan sebagai calon Parti Rakyat Sarawak (PRS) di kerusi DUN Tamin di sebuah restoran di sini, baru-baru ini.
Majlis ini dihadiri peng-hulu dan tuai rumah kawasan DUN Tamin bertujuan memperkenalkan Gira sebagai pengganti Mauh pada PRN 2016.
Menurut Mauh, keba-nyakan kawasan rumah panjang telah dihubungi dengan kemudahan jalan raya atau jalan kebun sejak 25 tahun beliau menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut.
“Usaha ini harus diterus-kan oleh Gira yang bakal menggantikan tempat saya kelak. Jalan tersebut juga harus dinaik taraf secara berperingkat-peringkat,” tegasnya.
Sementara itu, Mauh meng-ulangi pendiriannya untuk tidak mempertahan kerusi DUN Tamin pada PRN 2016 dan akan menyerahkan tanggungjawab itu kepada Gira yang lebih muda dan cergas bagi menggantikan tempatnya kelak.
Ditanya mengenai kenya-taan dikeluarkan PRS Bahagian Tamin yang diketuai Ketua Publisitinya Tuai Rumah Awang Juing menolak pencalonan Gira baru-baru ini, Mauh beranggapan ia hanya mainan politik.
“Itulah politik, macam-macam boleh jadi. Mungkin ada pihak yang mementingkan diri sendiri menghasut Awang yang berani berkata demikian seperti yang diterbitkan oleh akhbar tempatan baru-baru ini.
“Itu hak mereka untuk berkata apa yang mereka suka. Pokoknya saya telah menjalankan tugas saya dengan sempurna dan bijak,” jelasnya.
Menurut Mauh, sebelum ini beliau telah mencadangkan nama mereka yang berminat menjadi calon seperti Dr Ali Puji, Edwin Banta, Dali Me-rawing dan Gira kepada pucuk pimpinan parti Tan Sri Datuk Amar James Masing.
“Pemilihan mereka berdasarkan pelbagai aspek yang amat rumit. Oleh itu, semua rakyat kawasan DUN Tamin harus menghormati keputusan Masing dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem,” kata-nya.
Dalam pada itu, tuai rumah yang hadir turut bersetuju sebulat suara dengan pencalonan Gira sebagai pengganti Mauh.
“Gira pilihan ketua parti dan pemimpin kita sendiri. Kalau mereka kata Gira bagus maka baguslah bagi kami. Itu tandanya setia kepada pemimpin sendiri. Kami rasa Mauh membuat cadangan bijak dan Masing ketua parti yang arif membuat keputusan pintar.
“Ketua masyarakat dan rakyat kawasan DUN Tamin harus bersatu untuk memasti-kan calon BN itu menang jika inginkan pembanguanan jalan raya dan jalan kebun berterusan.
“Jangan cepat percaya be-rita angin dibawa mereka yang dengki dan iri hati seterusnya memecahbelahkan rakyat,” kata mereka lagi.
Menurut mereka, Gira mempunyai kekuatan sendiri dan mempunyai sifat pemim-pin dan adalah individu yang paling layak mengganti Mauh kerana mempunyai latar belakang yang baik serta berpelajaran tinggi.

“Kami percaya pengundi kawasan Tamin semakin bijak memilih wakil rakyat mereka sendiri. Jangan cepat percaya dan terpengaruh pelbagai fitnah yang dibuat oleh pihak berkepentingan sendiri. Jangan biarkan perahu PRS pecah,” tambah mereka lagi. – Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget