Kaunter Bergerak DBKU menyediakan perkhidmatan seperti berikut buat warga kota iaitu pembayaran bil cukai taksiran, pembayaran bil Sarawak Energy Berhad (SEB) / Kuching Water Board (KWB), pertanyaan berkaitan cukai taksiran dan cetakan bil cukai taksiran. Kaunter bergerak pertama di Sarawak ini diwujudkan bagi memudahkan warga kota untuk berurusan dengan DBKU terutamanya di kawasan pedalaman bawah pentadbiran DBKU bagi memudahkan komuniti setempat menjelaskan bayaran cukai dan bil kaunter rakyat tanpa perlu datang dan beratur di kaunter sedia ada.
Kaunter bergerak yang dilengkapi dengan kelengkapan ini bertujuan menjadi alternatif untuk penduduk membayar cukai masing-masing selain secara atas talian dan di kaunter. -Utusan Sarawak.
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.