Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Tahun Baru Cina kali ini akan mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada kerajaan sekaligus menyelesaikan semua isu politik dan ekonomi yang menyelubungi negara ini.
Menurutnya, sokongan padu masyarakat Cina juga mampu mengukuhkan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) serta memajukan negara.
“Saya berharap pada tahun monyet ini negara menjadi lebih makmur, isu-isu politik dan ekonomi diselesaikan.
“Dalam masa yang sama, saya berharap masyarakat Cina akan kembali semula untuk bersama-sama dengan kerajaan,” katanya pada majlis Rumah Terbuka MCA di ibu negara yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansur serta dif-dif kehormat lain.
Majlis turut dihadiri lebih lima ribu rakyat pelbagai kaum untuk bersama-sama memeriahkan sambutan yang dimeriahkan pelbagai hiburan serta juadah tradisi dan moden.- BNBBC News
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.