Vernon cadang tubuh 'Barisan Rakyat' ganti PR Sarawak


PKR dan DAP mesti berbincang. PASMA tidak sepatutnya tubuh parti baru tetapi boleh menyertai PKR atau DAP secara individu-Vernon Ajit Kedit (Ketua Penerangan PKR Sarawak)
Ketua Penerangan PKR Sarawak, Vernon Aji Kedit menegaskan agar ahli PAS agar menyertai DAP atau PKR secara individu dan bukannya menubuhkan PASMA sebagai parti baru.

Ini adalah sebagai langkah menggantikan Pakatan Rakyat yang sudah berpecah dan digantikan dengan Barisan Rakyat (BR).

"Pakatan sudah tidak wujud. Kerajaan Pulau Pinang diketuai DAP, Selangor diketuai PKR dan Kelantan diketuai oleh PAS", kata Vernon sebagai mengkukuhkan cadangannya kepada DAP dan PAS Sarawak.

Cadangan ini sebagai menjawab kemelut dalaman ahli PAS dan PASMA yang masih hilang arah tuju masing-masing.

Lim Guan Eng, Pengerusi DAP telah memaklumkan berkenaan perpecahan Pakatan Rakyat selepas kemenangan kumpulan pro-ulama pada muktamar PAS baru-baru ini.

"Kami (PKR) tidak boleh mengarah DAP dan sebagai balasan, DAP tidak perlu mengarah PKR sebagai tanda menghormati perhubungan antara parti", kata Vernon.

Setakat ini, masih belum ada apa-apa perbincangan diperingkat Sarawak berkenaan perpecahan Pakatan Rakyat.-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget